Artikel

Kenaikan Inflasi 2.3%, Dicetus Lonjakan Kos Makanan Dan Khidmat Perjalanan Udara – BNM

Seperti yang umum sedari, paras inflasi negara telah meningkat 2.3% bagi data April 2022. Melihat pada lonjakan tersebut Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati terdapat beberapa segmen telah mendorong peningkatan tersebut.

Antaranya adalah inflasi lebih tinggi diperlihat pada makanan di luar rumah, tambang perjalanan udara serta kos penyelenggaran pengangkutan persendirian.

Tatkala inflasi memaparkan kenaikan, aliran eksport negara pula mencatatkan pertumbuhan 20.7% dalam pasaran ekonomi. Ia secara jelas menunjukkan prestasi negara masih stabil.

BNM menjangkakan dari semasa ke semasa, pasaran eksport akan terus dapat manfaat berdasarkan permintaan luaran dan dari ekosistem teknologi global. Pada masa yang sama harga komoditi yang tinggi dan lonjakan pengeluaran berpotensi meningkatkan prestasi eksport.

Bagaimanapun BNM kekal berhati-hati dan mengakui prospek perdagangan negara masih meninjau krisis gangguan rantaian bekalan yang berlaku di Rusia dan Ukraine.