Artikel

CIMB Untung RM1.43 Bilion – Prestasi Suku Tahunan Lebih Kukuh

CIMB Group, pada hari ini (31 Mei) memaparkan prestasi suku tahunan operasinya semakin kukuh apabila mencatatkan keuntungan bersih pada nilai RM1.43 bilion.

Meskipun prestasi suku-ke-suku ini lebih kukuh, keuntungan tersebut lebih rendah berbanding data setahun lalu yang mencatatkan sekitar RM2.46 bilion.

Penurunan itu didorong antaranya faktor penilaian semula sekitar RM1.16 bilion daripada pengasingan TNG Digital pada tempoh suku pertama tahun lalu serta pelaksanaan Cukai Makmur pada suku tahun ini. Akan tetapi pengukuhan prestasi jelas terlihat pada pendapatan operasi apabila meningkat 3.3% kepada RM4.74 bilion manakala keuntungan bersih pula mencatatkan peningkatan kadar 66.9%.

Seterusnya, pada segmen perolehan pula CIMB telah mencatatkan hasil suku pertama 2022 berjumlah RM4.73 bilion. Berdasarkan keseluruhan ternyata jangkaan untung bersih buat CIMB telah melepasi sasaran firma penyelidikan iaitu sekitar RM1.07 bilion.

Ini secara langsung memperlihatkan prestasi lebih baik telah mula dipaparkan pada operasi perbankan tersebut.