Artikel

CIMB Dijangka Catat Untung Bersih Sekitar RM1.07 Bilion – Bagi Laporan Suku Pertama Kelak

Menjelang laporan suku pertama bagi 2022 CIMB Group Holdings pada akhir Mei kelak, dijangka CIMB berupaya mencatatkan nilai untung bersih mencecah sekitar RM1.07 bilion.

Jangkaan pestasi ini dilihat lebih baik, berbanding data sebelumnya.

Mengikut pemerhatian nota RHB Research, pertumbuhan 25% bagi suku ke suku pada teras keuntungan bersih itu akan didorong oleh peruntukan lebih rendah dengan 42% bagi suku-ke-suku.

Malah turut dijangkakan terdapat penambahbaikan sederhana dalam operasi asas bersama pihak pengurusan.

Namun begitu, Kenanga Research pula menjangkakan peruntukan lebih tinggi akan berlaku susulan isu kredit pendua. Berdasarkan makluman, CIMB telah melakukan peruntukan sekitar RM281 juta berhubung isu ralat pemprosesan oleh MoneySend CIMB pada suku keempat 2021 lalu.

Langkah ini mengikut laporan Bernama diambil untuk memaksimumkan usaha perolehan semula dana terlibat.