Artikel

Presiden Merangkap CEO Kumpulan Axiata, Meletakkan Jawatan

Dato Izzaddin Idris, CEO dan juga Presiden kumpulan Axiata kini telah mengumumkan akan meletakkan jawatan, berkuat-kuasa 31 Mei 2022.

Sebelum ini, beliau telah menjadi CEO Axiata sejak daripada Januari 2021 lepas. Sebelum itu, beliau pernah menyatakan hasrat untuk bersara, tetapi kontrak dilanjutkan dan dilantik menjadi CEO Axiata.

Dengan perubahan ini, kini Dr Hans Wijayasuria akan menjadi CEO sementara untuk Axiata bermula 1 Jun 2022 kelak.