Artikel

Axiata Lantik Datuk Mohd Izzaddin Selaku Presiden Dan CEO Baharu, Berkuatkuasa Disember 2020

Syarikat telekomunikasi Axiata Group Bhd telah mengumumkan Datuk Mohd Izzaddin Idris akan menggantikan Tan Sri Jamaludin Ibrahim sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Axiata menjelang Disember ini.

Mohd Izzaddin kini akan mengambil alih peranan Timbalan GCEO dengan serta-merta.

Kontrak Tan Sri Jamaludin di Axiata, akan tamat pada 2 Mac, dan dilanjutkan sehingga akhir tahun 2020.

Menurut kenyataan itu, Jamaludin telah memaklumkan kepada syarikat mengenai keputusannya untuk bersara tetapi lembaga pengarah Axiata telah meminta agar dia tetap untuk memastikan peralihan yang lancar.

Selaku Timbalan GCEO, Axiata berkata Izzaddin akan mengawasi fungsi korporat utama – kewangan, strategi, pemasaran, hal ehwal korporat, dan bidang keselamatan siber, privasi dan kepercayaan yang semakin kritikal, serta etika dan pematuhan.

Di samping itu, beliau akan bertanggungjawab untuk dua daripada tiga teras utama, iaitu edotco – perniagaan menara infrastruktur, dan Axiata Digital – perniagaan perkhidmatan digitalnya.