Artikel

Malaysia Disasar Tampung Jumlah Subsidi Lebih Tinggi – Sekitar RM71 Bilion

Kenaikan harga pada masa ini ternyata bakal mendorong kepada peningkatan tampungan jumlah subsidi Malaysia yang lebih tinggi pada tahun ini, iaitu mencapai paras RM71 bilion.

Daripada jumlah subsidi tersebut, sekitar RM30 bilion merangkumi subsidi bahan api negara.

Realiti itu diperjelaskan Tengku Zafrul, Menteri Kewangan negara ketika ini di Davos – mengikuti sidang tahunan WEF 2022, Forum Ekonomi Dunia.

Menurutnya Malaysia memiliki kelebihan sumber komoditi seperti minyak sawit meskipun terpaksa berdepan peningkatan inflasi. Ini bermakna negara memiliki keuntungan dari aspek peningkatan harga komoditi, sekaligus membantu menampung kesan kenaikan harga bahan api ketika ini.

Selain itu pada laporan berhubung krisis sekatan yang berlaku di China – Tengku Zafrul mengekalkan keyakinannya bahawa situasi tersebut masih terkawal walaupun tahap sekatan di negara tersebut semakin meruncing dan berharap ia tidak terlalu menjejaskan rantaian bekalan buat negara.