Artikel

Malaysia Antara Negara Terima Manfaat, Kenaikan Harga Komoditi – Moody’s

Malaysia ketika ini menjadi antara ekonomi negara yang bakal menerima manfaat disebalik kenaikan harga komoditi yang tinggi serta membayar harga yang lebih rendah berdasarkan aspek inlasi kerana mengeksport pengeluaran domestik negara.

Tinjauan Moody’s, syarikat penarafan kredit antarabangsa itu turut melihat selain Malaysia – negara Indonesia, Colombia dan Arab Saudi turut menjadi negara yang akan terima maafaat daripada harga komoditi tinggi. 

Bagi Malaysia dan Indonesia – ini merangkumi pasaran komoditi minyak sawit yang semakin melonjak susulan ketirisan bekalan minyak bunga matahari disebabkan krisis Ukraine-Rusia. Manakala Colombia dan Arab Saudi pula menerima manfaat tersebut melalui pasaran minyak mentah. 

Mengikut jangkaan menyeluruh pula, paras inflasi disasar semakin meningkat. Moody’s menyatakan situasi itu akan membawa kepada kenaikan harga, seterusnya memberi tekanan kepada permintaan gaji yang lebih tinggi tatkala pasaran buruh masih lemah.