India pada pertengahan Mei lalu, telah memberi kejutan buat dunia apabila mengharamkan aliran eksport gandum – tindakan itu secara langsung memberi kesan kepada rantaian dan harga gandum dunia.
Kini mereka mula mengehadkan pengeksportan gula kepada 10 juta tan, sehingga September kelak.
Tindakan hadkan eksport gula itu menurut laporan AFP -bertujuan melindungi bekalan domestik India, disamping mengawal paras inflasi serta menstabilkan harga sepanjang musim gula ini.
Buat pengetahuan umum, India adalah pengeluar gula terbesar dunia dan menjadi pengeksport kedua selepas Brazil pada permintaan antarabangsa.