India kini melakukan kejutan, dan mengharamkan pengeksportan gandum ke luar negara. Dengan langkah ini, India dijangka akan dapat mengawal harga gandum dalam negara mereka dan mengelak ia meningkat naik secara mendadak disebabkan permintaan dunia – disamping memastikan bekalan makanan adalah baik untuk negara berkenaan.
Namun, langkah India ini dijangka akan memberikan impak kepada negara-negara lain, disamping permintaan gandum yang akan meningkat lebih tinggi. India merupakan pengeluar gandum kedua terbesar di dunia, selepas pengeluaran menurunan mendadak disebabkan situasi di Rusia dan Ukraine.
Harga gandum di dunia dijangka akan meningkat mendadak susulan pengharaman India ini.
Sebelum ini, India menyasarkan untuk mengeluarkan sekitar 10 juta ta gandum pada tahun ini.