Artikel

Rokok Seludup Naik Ke 58.4% – Kerajaan Dijangka Hilang Lebih Banyak Hasil Cukai

Ternyata kegiatan penyeludupan produk tembakau serta jualan rokok negara terus memperlihat kenaikan kepada 58.4% setakat Mac 2022 ini. Data itu lebih tinggi berbanding rekod akhir 2021 lalu, ia diperlihat pada tinjauan Kajian Rokok Seludup Nielsen.

Perkara ini secara langsung, memaparkan pada tahun ini akan berlakunya kerugian tinggi pada hasil negara.

Mengikut makluman Gabungan Pengilang-Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM), permintaan rokok seludup negara terus tinggi adalah disebabkan kadar harga jualan produknya yang rendah.

Meskipun data ini lebih tinggi berbanding data sebelumnya, namun tindakan negara mengehadkan bahagian penghantaran serta eksport semula rokok masih mengekalkan pengurangan peratusan seludup rokok di bawah 64%, angka 2020.