Berikutan peningkatan kegiatan penyeludupan jualan rokok pada pasaran negara, cadangan merendahkan harga rokok kepada RM8 kini telah diusulkan.
Berdasarkan perbahasan sidang Dewan Rakyat minggu lalu, data dapati sekitar 64% jualan rokok di pasaran negara adalah dari kegiatan penyeludupan dan hanya 36% jualan secara sah dan lalui bayaran cukai sahaja dilakukan.
Tindakan ini memberi persaingan dari segi penetapan harga jualan rokok sah dengan rokok seludup.
Cadangan itu telah dibangkitkan Ahmad Maslan, Pontian – ini kerana negara dianggarkan mengalami kerugian cukai rokok untuk setahun sebanyak RM5 bilion.
Ketika ini, penetapan harga rokok sah adalah sekitar RM12 hingga RM17.40, berbeza dengan harga rokok seludup sekitar RM8 hingga RM2.
Perkara ini dilihat sebagai ancaman kepada pertumbuhan ekonomi dan keselamatan masyarakat negara. Oleh itu, persaingan harga perlu diselidik bagi mengekang penguasaan rokok seludup pada pasaran negara.