Artikel

Langkah Pemindahan Operasi TM – Dijangka Bawa Penjimatan Kos RM100 Juta Setahun

TM, Telekom Malaysia ketika ini dijangka bakal melaksanakan sebahagian besar pemindahan operasinya pada akhir 2022 kelak. Ini akan memperlihatkan peralihan operasi ke TM Annexe dan di Cyberjaya.

Melalui aturan, menurut firma penyelidikan RHB Research ia berupaya memberi penjimatan kos sekitar RM100 juta setahun kepada syarikat TM. Merangkumi penjimatan perbelanjaan (opex), kos sewa dan utiliti setahun.

Selain itu, TM juga dilihat memberi penekanan pada penjimatan pemerolehan tambahan serta kos kakitangan yang lebih rendah daripada pengoptimunan petugas.

Dengan langkah tersebut, TM disasarkan mencatatkan pendapatan lebih rendah pada suku pertama 2022 – pengurangan sehingga 10% berbanding perolehan suku sebelumnya.

Untuk makluman, tindakan penyusunan operasi TM adalah sebahagian daripada program pengoptimasian syarikat, dalam meningkatkan kadar efisien operasi, dan ketangkasan dalam bekerja. TM juga berhasrat mengintegrasikan gaya kerja hibrid – salah satu keselesaan dan kebebasan diberikan pelbagai syarikat sejak penularan COVID-19 berlaku.