Telekom Malaysia kini hadir menjelaskan yang mana mereka hanya penyewa di Menara TM, dan ia bukannya milik Telekom Malaysia.
TM mengeluarkan komen ini, selepas pemilik bangunan berkenaan mencari pemilik baharu. Ini sekaligus membawa kepada pelbagai spekulasi. Untuk makluman, TM telah menjual bangunan berkenaan sekitar 2008 lepas, dan menjadi penyewa untuknya selepas itu.
Bercakap lanjut juga, TM mengatakan mereka kini dalam proses menyusun semula majoriti pejabat korporat ke bangunan milik TM, termasuk TM Annexe 1, TM Annexe 2, dan juga di Cyberjaya.
Pada masa yang sama, TM turut ingin mengintegrasikan gaya kerja hibrid – salah satu keselesaan dan kebebasan diberikan pelbagai syarikat sejak daripada PKP disebabkan Covid-19.
TM turut menekankan yang mana ini adalah sebahagian daripada program pengoptimasian syarikat, dalam meningkatkan kadar efisien operasi, dan ketangkasan dalam bekerja.