Artikel

Harga Roti Canai Mungkin Meningkat Disebabkan Peningkatan Kos

Akhir-akhir ini, pelbagai barangan memperlihatkan peningkatan kos, dan kini laporan terbaru mengatakan harga jualan roti canai dijangka akan meningkat disebabkan kos harga gandum yang turut meningkat.

Melalui FMT, menurut Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA), harga gandum sedia tinggi sebelum pengharaman eksport oleh India. Apa pun, beliau mengatakan ahli PRESMA sedang sedaya upaya mengelak daripada meningkatan harga jualan.

Sebelum ini, kerajaan telah mengatakan pengharaman eskport gandum oleh India tidak akan memberikan kesan di Malaysia kerana kita mengimport 80% daripada bekalan gandum dari Australia.

Buat masa ini, harga roti canai sekeping adalah sekitar RM1.20 ke RM1.70. Sama-sama kita harap agar harga dikekalkan dan tidak membawa kepada peningkatan.