KPDNHEP, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia ketika ini memberi jaminan bahawa bekalan gandum negara tidak akan terkesan.
Pihaknya mengakui tindakan India mengharamkan aktiviti pengeksportan telah menzahirkan kegusaran dalam kalangan peniaga dan pengguna tempatan.
Bagi memastikan jaminan bekalan ini, seramai 2,200 penguatkuasa akan menjalankan sesi pemantauan bagi memastikan jualan gandum di pasaran kekal stabil.
Buat pengetahuan umum, Malaysia mengimport sekitar 80% biji gandum dari Australia – sementara selebihnya pula dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Ukraine.
Maka isu larangan eksport dari India tidak akan menjejaskan bekalan tepung gandum negara.
2,200 Penguat kuasa KPDNHEP akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan bekalan tepung bersubsidi dan tidak bersubsidi stabil di pasaran#KPDNHEP pic.twitter.com/YSRYEoWP2t
— KPDN (@KPDN_HQ) May 17, 2022