Artikel

Mulai Jun – Harga Barang Mungkin Naik Sehingga 60%

Para pengguna kini dinasihatkan untuk bersiap sedia akan kenaikan harga barangan keperluan bermula Jun kelak, di mana sehingga 60% kenaikan disasar bakal berlaku.

Jangkaan itu didasari mengikut aspek penerapan gaji minimum RM1,500 yang telah berlaku pada ketika ini dan peningkatan kos operasi, ketirisan bekalan bahan mentah turut menghimpit peniaga dalam perolehan keuntungan.

Tekanan ini dapat diperlihat apabila Eco Shop mengambil tindakan meningkatkan harga barangan mereka daripada RM2.10 kepada RM2.40 mulai Jun kelak.

Peningkatan ini berlaku susulan tekanan kos semasa, dari aspek pembuatan serta permintaan pengguna yang tinggi mendorong peniaga mengekalkan kualiti jualan mereka.

Tidak hanya peningkatan harga barangan keperluan, bahkan harga pakaian juga turut akan meningkat sehingga 15%. Situasi ini diakui penyedia jualan seperti Mydin dan Persekutuan Fesyen Tekstil Pakaian (FMFTA) pada minggu lalu.