Artikel

Harga Barang Berasaskan Gandum Dijangka Melonjak – Jejas Pengguna Miskin Di Asia, Afrika

Setelah Indonesia mengumumkan sekatan berhubung tindakan eksport minyak sawit ke negara luar – kini 2 hari lalu, India pula memaklumkan untuk mengharamkan aturan eksport gandum ke luar negara – bagi menjamin bekalan makanan untuk penduduk negaranya.

Tahukah anda, India adalah pengeluar kedua terbesar gandum selepas China? dan negara ini menyasarkan untuk mengeksport sekitar 12 juta tan gandum pada tahun 2022/2023 – angka sasaran lebih tinggi berbanding 2021 yang mengeksport gandum sekitar 7.2 juta tan gandum.

Akan tetapi ketirisan ekonomi dunia dan tekanan cuaca seperti gelombang haba yang telah menjejaskan hasil tanaman penduduknya telah meningkatkan tekanan kepada India, untuk mengutamakan keperluan bekalan rakyatnya.

Setakat ini, harga gandum di India telah melonjak kepada paras tertinggi sehingga mencecah RM1,418 per tan. Ia lebih tinggi berbanding paras minimum yang ditetapkan kerajaan India iaitu RM1,143.

Mengikut laporan, situasi ini secara langsung akan meningkatkan lagi tekanan kepada kadar inflasi runcit dunia dan seterusnya menjejaskan hak pengguna miskin di rantau Asia dan Afrika.