Artikel

Harga Durian Dijangka Meningkat 100% Pada Tahun Ini

Berbanding jangkaan awal, kini kementerian menyasarkan harga durian akan meningkat sehingga 100% pada tahun ini. Sebelum ini, jangkaan adalah kenaikkan sekitar 30%.

Hal ini adalah disebabkan oleh penurunan penghasilan buah durian pada tahun ini kerana keadaan cuaca. Hujan yang turun pada penghujung Mac dan April dilihat memberikan impak kepada penghasilan buah durian pada tahun ini.

Disamping itu, kos baja dan juga pekerja yang meningkat turut dijangka membawa kepada peningkatan harga jualan durian tahun ini.

Kementerian buat masa ini tidak berhasrat untuk melakukan sebarang sekatan kerana ia bergantung kepada penghasilan dan permintaan raja buah berkenaan.