Selain peningkatan pelbagai barangan, kini ia dijangka harga raja buah akan turut meningkat sehingga sekitar 30% pada tahun ini.
Hal ini adalah disebabkan pengeluaran Durian yang sedikit berkurangan pada tahun ini, selain harga baja yang meningkat naik. Musim hujan pada penghujung Mac ke April juga dilihat memberikan kesan pada pengeluaran durian – membuatkan hasilnya berkurangan berbanding tahun lepas.
Durian Musang King sendiri dianggarkan mungkin sekitar RM60 satu kg pada tahun ini.
Dengan angka pengeluaran durian yang rendah ini, ia dijangka akan memberikan kesan pada harga jualan kepada pengguna. Musim durian baru sahaja bermula, dan kita akan dapat melihat perkembangan lanjut berkaitan dengannya dalam minggu-minggu akan datang.