Pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.00% semalam (11 Mei) telah membawa kepada perubahan kadar faedah dari beberapa perbankan. Selain Maybank, kini RHB Banking Group mula menyemak naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) mereka.
Bermula 18 Mei kelak, RHB akan melaras naik BR dan BLR mereka sebanyak 25 mata asas (bps).
Selain itu, tindakan yang sama turut akan dilaksanakan RHB Islamic Bank, RHB Investment Bank. Di mana kadar asas akan dinaikkan daripada 2.50% kepada 2.75% setahun. Manakala kadar pinjaman asas pula akan dinaikkan daripada 5.45% kepada 5.70%.
Sementara itu, selari dengan pelarasan tersebut – kadar deposit tetap RHB Bank dan RHB Islamic Bank juga akan disemak naik dalam tempoh 18 Mei kelak.
Maka menerusi makluman ini, para pelanggan RHB diminta mengambil perhatian akan perubahan tersebut.