Artikel

Malaysia Airlines Akui Miliki Masalah Teknikal Pada Operasi Penerbangan

Sekiranya penumpang AirAsia berdepan kesulitan dalam penangguhan penerbangan mereka, berbeza pula dengan penumpang Malaysia Airlines – apabila terpaksa berdepan persekitaran yang kurang selesa di dalam kabin pesawat, menjadi panas.

Mengikut laporan, situasi itu diakui Malaysia Airlines Berhad pada hari ini (9 Mei) di mana terdapat isu teknikal yang dihadapi pihak penerbangannya ketika menghidupkan enjin pesawat – ia melibatkan laluan dari Kuala Lumpur ke Sandakan.

Susulan isu tersebut, Malaysia Airlines memohon maaf akan ketidakselesaan yang dihadapi oleh para penumpang. Untuk makluman, tidak sekadar isu teknikal – Malaysia Airlines turut mengalami kelewatan beberapa perjalanan penerbangan tetapi isu tersebut telah diatasi dengan menampung kos perjalanan pengguna yang terlibat.