Artikel

Menteri Ambil Maklum Rungutan Pengguna Kelewatan Penerbangan AirAsia – Masalah Sejak Penghujung April

Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, kini menyatakan KPDNHEP mengambil maklum rungutan, aduan dan keluhan pengguna berkaitan dengan kelewatan penerbangan AirAsia – melibatkan pelbagai destinasi dalam negara.

Ia dikatakan kelewatan ini dikesan sudah berlaku sejak penghujung bulan lalu, dan masih berlanjutan bagi tempoh selepas raya.

Sejak penghujung minggu lepas, ramai yang mengadu melalui media sosial – terkesan dengan kelewatan penerbangan AirAsia yang berlaku beberapa kali, sekaligus menganggu pelbagai perancangan mereka.

KPDNHEP akan melakukan siasatan daripada sisi kepenntingan pengguna, dan akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi merungkai permasalahan ini.

Menteri turut mengingatkan, pengguna perkhidmatan penerbangan yang terkesan boleh menuntut pampasan (tertakluk beberapa faktor) bagi meneruskan perjalanan dengan lancar.