Artikel

Lazada Terima Suntikan Dana Sebanyak RM1.6 Bilion Daripada Alibaba

Lazada kini dilihat menerima suntikan dana berjumlah $378 juta (~RM1.66 bilion) daripada syarikat induk mereka, Alibaba.

Kali terakhir Lazada terima suntikan dana daripada Alibaba adalah pada Jun 2020, iaitu sebanyak $1.3 bilion (~RM5.7 bilion).

Suntikan dana ini dijangka akan terus membantu Lazada dalam mengukuhkan kedudukan dalam arena edagang dirantau Asia Tenggara ini, disamping turut memperluaskan penawaran ke rantau baharu – Eropah.

Sebelum ini, Alibaba sedia menyasarkan Lazada mencapai lebih 300 juta pelanggan, selain transaksi bernilai $100 bilion melalui platform mereka. Mungkin dengan suntikan baru ini, ia akan lebih membantu Lazada mencapai sasaran berkenaan.