Artikel

Alibaba Rancang Pengukuhan Lazada, Sasar Pertumbuhan Asia Tenggara AS$100 Bilion

Peningkatan kawalan selia dan ketegangan ekonomi yang berlaku di China, menuntut Alibaba Group meningkatkan startegi kadar perluasan empayarnya dengan lebih cepat. Termasuklah memperluaskan cabang plaform e-dagangnya bersama Lazada.

Untuk makluman, Alibaba telah mengambil peranan Lazada sejak tahun 2016 lagi, bermula dari detik itu perkembangan telah diperlihat ke atas operasi Lazada. Setakat rekod sepanjang 12 bulan ini, Lazada telah mencapai jumlah dagangan kasar (GMV) sekitar AS$21 bilion setakat September 2021. Namun segmen ini dijangka akan dipertingkatkan.

Melalui perkongsian laporan, pihaknya menyasarkan untuk menggandakan GMV, jumlah urus niaga di seluruh platform Lazada, kepada AS$100 bilion bersamaan sekitar RM421.05 bilion. Ini sekaligus beri gambaran peningkatan kualiti khidmat untuk tatapan 300 juta pengguna Lazada.

Walaupun Lazada memaparkan peningkatan yang ketara dari aspek penyertaan pengguna aktif kepada 130 juta pengguna data setakat September, namun ia masih jauh dari rakan pesaingannya iaitu Shopee. Namun ia terus mendahului beberapa peneraju teknologi lain seperti Coupang Inc Korea Selatan dan Flipkart India.