Artikel

Grab Ingin Pertingkat Akses Kewangan Melalui Bank Digital – Terutama Untuk PKS

Dikalangan penerima lesen bank digital di Malaysia adalah GXS Bank Pte Ltd – iaitu usahasama antara Grab dan Singtel. Kedua-duanya bekerjasama dengan Kuok Brothers untuk konsortium bank digital mereka.

Bercakap mengenainya, Grab mengatakan mereka ingin pertingkat akses kewangan kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank di Malaysia.

Grab turut mengatakan syarikat usahasama mereka mempunyai pegangan sebanyak 55.45% pada bank digital ini – dan bakinya oleh Kuok Brothers. Menariknya, berbanding yang lain, Grab turut teelah mengumumkan perkhidmatan bank digital mereka akan diterajui oleh Ms Pei Si Lai sebagai CEO, yang akan membentuk pasukan untuk bank digital ini.

Grab turut menyasarkan untuk membantu syarikat PKS mempunyai akses kepada kewangan dan segmen lain dalam memudahkan pelbagai perkara.

Grab menyatakan bergerak kehadapan, konsortium ini akan bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia dalam menepati pelbagai kriteria untuk mendapatkan lesen bank digital tersebut sebelum mula beroperasi.