Artikel

Boost Dan RHB Ingin Tingkatkan Keterangkuman Kewangan Di Malaysia Melalui Bank Digital

Boost dan juga RHB Bank merupakan salah satu penerima lesen bank digital daripada BNM baru-baru ini. Melalui konsortium Bank Digital yang dibentuk bersama, Boost memegang kepentingan sebanyak 60%, sementara RHB memiliki baki 40%.

Boost menyasarkan bank digital mereka akan mempelopori inovasi, meningkatkan daya asing, dan mempercepatkan usaha transformasi digital negara.

Boost dan RHB turut menyasarkan untuk meluaskan keterangkuman kewangan secara digital kepada segmen yang tidak atau kurang mendapat perkhidmatan kewangan.

Pada hari ini, Boost sedia membentuk asas mereka – termasuk menyediakan dompet digital, dan juga perkhidmatan pinjaman Boost Credit.

Dengan perkembangan sihat ini, kita mungkin melihat perbankan digital oleh Boost dan RHB ini beroperasi dalam tempoh kurang dua tahun lagi – tertakluk kepada kebenaran lanjut Bank Negara Malaysia.