Artikel

AEON Sasar Bank Digital Islam Oleh Mereka Akan Beroperasi Dalam Tempoh 24 Bulan

Bank Negara Malaysia sedia mengumumkan lima penerima lesen bank digital di Malaysia, dan salah satunya adalah konsortium oleh AEON Credit.

AEON Credit menerima lesen bank digital dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 – sekaligus membolehkan mereka hadir dengan bank digital Islam tersendiri.

Dibawah konsortium tersebut, tiga pihak terlibat, iaitu AEON FInancial Service, AEON Credit Service dan juga MoneyLion Inc.

Bercakap mengenainya, AEON menyatakan melalui pemfailan Bursa, mereka menyasarkan bank digital islam mereka akan beroperasi dalam masa sekitar 24 bulan lagi.

Apa pun, perkara ini tertakluk kepada beberapa perkara, termasuk pengesahan daripada pihak Bank Negara Malaysia.