Artikel

PLUS Nasihat Pengguna Lebuh Raya – Semak Status Aktif Kad Touch ‘n Go

Menjelang sambutan Aidilfitri kurang daripada beberapa sahaja lagi, PLUS Malaysia kini menyarankan agar pengguna lebuh rayanya untuk merancang perjalanan sebaik mungkin – bagi mengelakkan sebarang permasalahan.

Terutamanya menyemak status aktif kad Touch ‘n Go sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung.

Meskipun kerajaan pada 30 April ini akan menawarkan tol percuma kepada pengguna serta pemberian diskaun sehingga 50% tol pada kawasan tertentu – ini tidak bermakna pengguna lebuh raya boleh lepasi palang tol tanpa menyemak status aktif kad TNG anda.

Ini kerana para pengguna lebuh raya masih wajib menyentuh kad TNG dan mengimbas SmartTAG serta RFID ketika memasuki laluan tol dan usah khuatir tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan.

Tindakan itu sekadar langkah untuk pihak tol merekodkan data trafik.

Oleh itu, keperluan menyemak status aktif kad TNG para pengguna lebuh raya boleh dilakukan pada pautan Touch ‘n Go untuk semakan lanjutan. Adanya tanggungjawab ini – ia berupaya membantu penguatkuasa menjamin kesejahteraan perjalanan orang awam secara bersama.