Artikel

Bermula 30 April – Kerajaan Beri Tol Percuma, Diskaun Tol Sehingga 50% Sempena Aidilfitri

Selari dengan peralihan ke fasa endemik pada awal April lalu, kini kerajaan Malaysia bersetuju beri tol percuma bersama diskaun tol sehingga 50% kepada rakyat negara – bersempena sambutan Aidilfitri pada 3 Mei kelak.

Secara keseluruhan pelaksanaan ini akan melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun pengguna sekitar RM77.11 juta. Untuk maklumat jumlah tersebut akan ditanggung oleh kerajaan bersama syarikat konsesi lebuh raya.

Bagi penawaran pemberian tol percuma yang melibatkan lebuh raya milik PLUS Malaysia ini akan merangkumi jaringan lebuh raya utara-selatan dan Anih Berhad yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).

Buat pengetahuan pengguna, pelaksanaan ini akan bermula jam 12 tengah malam pada 30 April ini sehingga 11.59 malam pada 1 Mei ini untuk semua kelas kenderaan. 

Lebih menarik pengguna juga turut akan menerima manfaat tol percuma bagi Lebuh Raya Utara-Selatan dan LPT bagi perjalanan pulang semula ke kediaman masing-masing bermula jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 hingga 11.59 malam pada 8 Mei ini untuk semua jenis kenderaan.

Manakala bagi tawaran diskaun tol pula akan diberi antara 30% dan 50% kepada lebuh raya lain pada tempoh yang sama kepada semua jenis kenderaan. 

Menerusi usaha ini, diharap para pengguna memanfaatkan perjalanan Aidilfitri dengan lebih baik. Ini senarai lebuh raya pada manfaat yang ditawarkan;