Raiz, sebuah aplikasi pelaburan mikro hasil pembangunan Raiz Invest Australia bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini mula memperluaskan pengalaman pelaburan pengguna.
Dengan membolehkan pengguna memautkan kad bank mereka pada aplikasi menerusi inisiatif bersama Visa. Di mana kini duit baki perbelanjaan harian pengguna menggunakan kad Visa boleh dilaburkan bersama Raiz.
Ini bermakna, akses Raiz tidak hanya tertakluk kepada pengguna Maybank sahaja.
Raiz melihat usahasama baharu bersama Visa, telah membolehkan lebih ramai pengguna di Malaysia memiliki akses pada aplikasi pelaburan. Adanya aturan ini, ia tidak hanya meluaskan platform simpanan serta pelaburan secara automatik tetapi turut dapat menambah-baik kedudukan kewangan pengguna di pasaran Malaysia.
Setakat ini, Raiz memiliki lebih 100,000 pengguna aktif – semenjak pelancarannya pada akhir Julai 2020 bersama PNB. Dan pihaknya memiliki perancangan untuk mengembangkan khidmat mereka pada pasaran Thailand di masa hadapan.
Simpan & labur duit baki harian anda! Kini dibuka untuk pemegang kad semua bank.
Set Akaun Auto-bundar anda sekarang! pic.twitter.com/zbCPqMDigp
— Raiz Malaysia (@raizmalaysia) April 27, 2022