Artikel

PNB Lancar Aplikasi Raiz, Sebuah Platform Pelaburan Mikro

Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini (23 Julai) telah memperkenalkan aplikasi pelaburan mikro mereka iaitu Raiz – aplikasi mudah alih yang secara automatiknya akan melabur petukaran ganti dari pembelian harian.

Aplikasi pelaburan ini berfungsi sebagai pemegang unit platform untuk simpanan dan pelaburan pada dana Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Pada awalnya aplikasi ini hanya tersedia untuk pemegang akaun Maybank sahaja.

Menurut Tan Sri Dr. Zeti Aziz, Pengerusi Kumpulan PNB – pengenalan idea aplikasi ini adalah cetusan dari anak muda iitu Ketua Eksekutif Raiz Malaysia, Aidi Izham Mohd Khalil.

TS Zeti berpendapat idea ini memiliki potensi besar untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Untuk makluman pembaca aplikasi ini dibangunkan oleh anak syarikat PNB iaitu Raiz Malaysia Sdn Bhd. Pembangunan aplikasi tersebut dibantu bersama kepakaran Raiz Invest Australia.