Artikel

Sebanyak 40,000 Tan Sisa Dikutip Sepanjang Ramadan Ini – Tertinggi Sejak 2019

Data setakat minggu ke-3 Ramadan tahun ini, ternyata kutipan sisa domestik negara kini semakin meningkat kepada 40,000 tan metrik sisa telah dikutip.

Untuk makluman rekod  adalah tertinggi dalam tempoh 4 tahun iaitu sejak tahun 2019. Bagi perincian lanjut, ini rekod kutipan sisa domestik bagi tahun 2019-2022 sepanjang Ramadan;

  • 2019 – 33,000 tan metrik
  • 2020 – 27,000 tan metrik
  • 2021 – 32,000 tan metrik
  • 2022 – 40,000 tan metrik

Menurut laporan Alam Flora, berdasarkan peningkatan sisa tersebut dilihat sisa melibatkan pembuangan makanan, pembungkusan seperti beg plastik sekali guna menjadi penyumbang utama pada kenaikan jumlah sisa pepejal di Kuala Lumpur tahun ini.

Malah disebabkan tindakan pembuangan itu – setiap hari negara perlu melupuskan sekitar 17,000 tan metrik sisa makanan. Dan pembaziran itu berupaya memanfaatkan keperluan makanan kepada seramai 3 juta rakyat Malaysia.

Maka jika pembaziran sisa ini berterusan, ia secara langsung akan meningkatkan kerugian kepada ekonomi negara. Terutamanya tatkala Malaysia sedang berdepan inflasi dan kenaikan kos sara hidup disebabkan pelbagai krisis dunia.