Bagi mengelakkan tekanan inflasi, pentadbiran negara kini dijangka kekalkan skim subsidi bahan api sedia ada.
Pengamatan MIDF Research itu, menyatakan tindakan memansuhkan subsidi sedemikian ia akan memberi kesan kepada kenaikan Indeks Harga Pengeluar (IHPR), sekaligus meningkatkan tekanan inflasi.
Seperti yang umum sedari, IHPR terus disasar meningkat, susulan harga bahan api terus kekal dan berpotensi naik. Maka berdasarkan situasi itu kerajaan diramalkan akan menampung kos subsidi bahan api sekitar RM25 bilion sehingga RM30 bilion, dengan tampungan sekitar 55% margin daripada harga sebenar RON95.
Setakat Mac lalu, kerajaan telah memaklumkan peningkatan subsidi setakat Januari 2022 telah mencapai lebih RM2 bilion. Pada masa yang sama kerajaan turut memberi gambaran awal sekiranya harga minyak dunia terus melonjak, tampungan subsidi negara untuk petrol, diesel dan LPG akan mencapai lebih RM2.5 bilion sebulan.
Selain pemerhatian tampungan itu, hasil petroleum pula dijangka mencatatkan jumlah RM72.1 bilion pada tahun – berikutan harga komoditi global yang terus meningkat tinggi.