Artikel

KWSP Maklum – Permohonan Pengeluaran Khas Pada 28 April Ke Atas, Akan Terima Dana Pada 5 Mei Kelak

Seperti yang umum sedia maklum, tempoh permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan berakhir pada 30 April ini.

Meskipun KWSP sebelum ini telah menjanjikan akan mengagihkan dana sebelum sambutan Aidilfitri namun langkah itu tidak dapat dilaksanakan bagi  permohonan pengeluaran yang dilakukan pada 28 April dan ke atas.

Ini bermakna jika pencarum memohon pengeluaran khas KWSP pada 28 April atau tarikh ke atas, pembayaran dana hanya dapat dilaksanakan pada 5 Mei kelak iaitu selepas sambutan Aidilfitri.

Maka para pencarum berkaitan bolehlah melakukan permohonan sebelum tarikh yang dimaklumkan. Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Malah pencarum juga perlu memiliki sekurang-kurangnya baki RM100 pada akaun mereka. Sebarang makluman lanjut boleh dirujuk pada pautan Pengeluaran Khas KWSP 2022.