Artikel

Agihan Pengeluaran Khas KWSP – Dijangka Selesai Sebelum Aidilfitri Ini

Walaupun Kementerian Kewangan (MOF) telah memaklumkan pengagihan 2 hari lebih awal pada pengeluaran khas dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 17 April lalu, akan tetapi tindakan itu akan dilakukan secara berperingkat.

Setakat ini, pihaknya telah menerima sekitar 5.3 juta permohonan dan ia membawa kepada pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion. Menurut Tengku Zafrul, jumlah yang besar memerlukan suatu tempoh yang baik untuk diagihkan.

Sukar buat pihak KWSP melunaskannya dalam tempoh yang singkat.

Maka, KWSP ketika ini kekal pada komitmennya menjangkakan untuk menyelesaikan semua permohonan pencarum ini sebelum perayaan Aidilfitiri kelak.

Susulan tanggungjawab itu, KWSP telah sedia mengagihkan dana khas sehingga RM10,000 itu lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Ini bagi memastikan proses pengeluaran menjadi lebih lancar, oleh itu para pencarum terlibat diminta menunggu mengikut giliran permohonan dana.