Artikel

Sekitar 1.7 Bilion Populasi Dunia Kini Berdepan Kemiskinan, Susulan Krisis Rusia-Ukraine

Ternyata populasi kemiskinan dunia akan terus meningkat kepada sekitar 1.7 bilion, sekiranya krisis antara Rusia dan Ukraine berlarutan.

Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ini menganggarkan situasi itu bakal meningkatkan ketirisan bekalan sumber kepada negara sedang membangun.

Umum perlu sedari Rusia dan Ukraine adalah antara pembekal utama sumber pertanian ke negara Asia dan 45 buah negara membangun memiliki permintaan terhadap pasaran gandum dari kedua buah negara ini.

Sekiranya krisis ini terus berlanjutan ia akan menganggu rantaian bekalan, sekaligus meningkat harga pasaran.

Setakat awal 2022, sumber makanan seperti gandum dan jagung telah meningkat 30%, peningkatan turut berlaku ke harga minyak mentah serta baja.