Artikel

Mulai Esok – Bayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Akan Dilaksanakan, Awal 2 Hari

Setelah menerima lebih 5.3 juta permohonan pengeluaran khas dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada minggu ini – kini Kementerian Kewangan (MOF) mula mengambil langkah proaktif, mempercepatkan pengagihan dana tersebut.

Bermula esok bersamaan 18 April, wang pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 akan mula diagihkan kepada pencarum terlibat secara berperingkat. Ini 2 hari lebih awal berbanding penetapan agihan asal iaitu pada 20 April.

Pengumuman itu telah dimaklumkan oleh Tengku Zafrul, Menteri Kewangan pada malam ini (17 April) di laman media sosial rasmi Facebooknya. Menurutnya, menerusi aturan itu diharap ia membawa keceriaan serta memudahkan orang awam dalam persediaan menyambut Aidilfitri kelak.

Setakat ini, majoriti pengeluaran juga dilakukan oleh Melayu Bumiputera sebanyak 39%, diikuti oleh Cina sebanyak 12% dan India sebanyak 7%.Daripada angka yang dikeluarkan ini, ia merangkumi hampir 44% daripada keseluruhan ahli KWSP yang melakukan permohonan Pengeluaran Khas ini.