KWSP Malaysia kini menyatakan sejumlah 5.3 juta permohonan bernilai RM40.1 bilion dibawah skim Pengeluaran Khas. Angka ini adalah setakat 14 April 2022 lepas.
Sebelum ini kerajaan telah membuka permohonan pengeluaran KWSP sehingga RM10,000 dalam meringankan beban yang ditanggung rakyat. Menurut KWSP lagi, daripada Pengeluaran Khas KWSP dilakukan oleh 55% ahli B40, 59% ahli M40 dan 39% daripada ahli T20 pada KWSP.
Majoriti pengeluaran juga dilakukan oleh Melayu Bumiputera sebanyak 39%, diikuti oleh Cina sebanyak 12% dan India sebanyak 7%.
Daripada angka yang dikeluarkan ini, ia merangkumi hampir 44% daripada keseluruhan ahli KWSP yang melakukan permohonan Pengeluaran Khas ini.
Permohonan Pengeluaran Khas KWSP ini dibuka sehingga penghujung April ini, membolehkan ahli KWSP melakukan pengeluaran minima RM50 sehingga maksima sebanyak RM10,000.