Berikutan kos haji yang dijangka meningkat sehingga RM25,000 pada tahun ini, terdapat pelbagai reaksi diterima oleh orang awam.
Meskipun situasi ini dapat diatasi dengan paras subsidi, namun ia kekal sukar buat golongan B40 beragama Islam – mencapai hasrat mengerjakan ibadah tersebut.
Maka, untuk menangani isu kemampuan – Lembaga Tabung Haji (TH) pada sidang temubual BernamaTV, memaklumkan sedang pertimbang pengenalan struktur bayaran haji secara bersasar buat jemaah B40.
Perancangan ini bermakna, pembayaran haji dapat dilakukan mengikut tahap kemampuan serta pendapatan jemaah tersebut.
Buat masa ini TH masih difasa semakan dan kekal berhubungan dengan pelbagai pihak merangkumi pakar ekonomi, ahli akademik serta kerajaan untuk mengenal-pasti aturan terbaik buat golongan B40 Malaysia.