Artikel

Kos Haji 2022 Dijangka Meningkat Lebih RM25,000 Setiap Jemaah – TH

Bakal jemaah Malaysia ketika ini, perlu bersedia akan kenaikan kos menunaikan ibadah haji – yang dijangka mencapai lebih RM25,000 setiap jemaah.

Peningkatan 12% kos tersebut adalah didorong kenaikan cukai tambah nilai (VAT), termasulah caj perkhidmatan lain.

Jangkaan ini menurut Lembaga Tabung Haji (TH) adalah lebih tinggi berbanding kos haji pada 2019, yang ditetapkan pada paras RM22,900.

Lebih parah, sasaran kos haji 2022 ini berpotensi untuk menjadi lebih tinggi. Ini kerana jangkaan tersebut masih tidak mengambilkira caj prosedur operasi standard (SOP) yang bakal diterapkan kelak.

Tidak hanya jemaah Malaysia yang terkesan, tetapi pengurusan Arab Saudi turut menerima tempias kenaikan kos ini.