Artikel

Harga Tiket Bas Ekspres Naik Sehingga 20% – Menjelang Aidilfitri, Mulai 29 April-8 Mei Ini

Setelah kenaikan tambang penerbangan berlaku, kini pengguna khidmat bas ekspres pula terpaksa berdepan kenaikan tiket harga antara 10% sehingga 20% – mulai 29 April ini.

Menurut makluman Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), situasi ini telah dimaklumkan lebih awal, apabila kerajaan telah menetapkan kadar tambang bagi bas ekspres RM0.10 setiap kilometer ke atas harga asal untuk tempoh 29 April sehingga 8 Mei kelak.

Kenaikan harga tiket bas ekspres berlaku bertujuan untuk menampung kos petugas serta kos insurans baharu bagi persediaan perjalanan Aidilfitri tahun ini.

Untuk makluman penguatkuasaan kenaikan tiket bas ekspres ini sah sepanjang tempoh tersebut di bawah sah laku Lesen Perubahan Sementara (LPS).

Setakat ini, mengikut laporan sekitar 4,700 bas ekspres akan beroperasi dalam tempoh tersebut dan dijangka membawa sekitar 141,000 penumpang ke destinasi di seluruh Malaysia.

Ini antara anggaran kenaikan yang dinyatakan;

  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur ke Kota Bharu – harga asal (RM46.20) harga naik (RM50.20)
  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur ke Larkin – harga asal (RM30) harga naik (RM35)

Maka untuk memastikan perjalanan pengguna pulang ke destinasi lebih teratur – semua pihak disarankan laksana tempahan tiket 2 minggu lebih awal bagi memastikan kapasiti perjalanan dapat disediakan.