Artikel

MOT Diminta Pantau Kenaikan Tiket Penerbangan Sarawak, Sabah – Menjelang Aidilfitri

Menjelang sambutan Aidilfitri dalam tempoh 3 minggu sahaja lagi, sudah pasti tumpuan pengguna ketika ini adalah membeli tiket perjalanan pulang mereka.

Akan tetapi, situasi yang sama sering berlaku ke atas pengguna penerbangan Sabah dan Sarawak – iaitu harga tambang penerbangan akan meningkat.

Berdasarkan laporan Bernama, harga tiket penerbangan berpotensi mencecah sehingga RM2,000 bagi perjalanan 2 hala dalam tempoh 29 April sehingga 8 Mei. Ini bermakna telah berlaku peningkatan tiket lebihi 500%.

Isu ini sememangnya tidak menguntungkan para pengguna. Khususnya buat mereka yang memiliki pendapatan sederhana dan rendah. Apatah lagi sekirannya pengguna tersebut adalah kumpulan pelajar.

Maka Kementerian Pengangkutan (MOT) diminta untuk memantau kenaikan harga tiket penerbangan yang sedang berlaku dan melaksanakan pertimbangan paras harga tiket yang memadai kepada pengguna. Tidak hanya harga tiket tetapi kadar kekerapan penerbangan juga wajar dipertingkatkan demi memastikan aliran perjalanan pengguna tidak terhad.