Sementara untuk individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk makluman, permis perlu memuatkan tanda MS SIRIM itu pada permukaan kotak atau bungkusan pelitup muka.

Maka adanya tempoh penangguhan ini, diharap pihak perniagaan boleh melakukan tanggunjawab permohonan perakuan SIRIM. Ini kerana langkah itu tidak sekadar membentuk semula piawaian kualiti pelitup muka, tetapi meningkatkan lagi tahap keselamatan para pengguna.