Artikel

Promosi ‘Bufet Ramadan’ Tanpa Sijil Halal, Penyedia Makanan Berdepan Denda RM500,000 – JAKIM

Isitlah ‘bufet Ramadan’ bukanlah suatu istilah yang boleh digunapakai sewenangnya oleh setiap penyedia makanan dan minuman ketika sambutan bulan puasa ini.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah bahagian hab halal – merujuk pada Perintah Perhal Dagangan (takrif halal) 2011 istilah ini hanya boleh digunakan oleh penyedia makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dalam bentuk dagangan khidmat mereka kepada umum.

Jika tidak memiliki SPHM, maka setiap hotel dan restoran berkaitan dilarang mempromosikan hebahan ‘bufet Ramadan’ pada orang awam.

Ia boleh disabitkan kesalahan – dengan denda maksimum sehingga RM500,000 dikenakan kepada penyedia makanan.

Isu ini telahpun disuarakan sebelum ini oleh kerajaan Selangor, apabila memaklumkan setakat ini hanya 31 hotel sahaja di negeri tersebut memiliki pengesahan halal untuk penggunaan istilah tersebut.

Oleh itu, digalakkan semua pengendali makanan mendapatkan sijil halal bagi menikmati kelebihan dagangan pada perkhidmatan mereka.