Pihak kerajaan Selangor kini berkongsi mengatakan sejumlah besar hotel di negeri Selangor masih belum mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Mengikut data, pada hari ini terdapat sekitar 31 hotel sahaja di Selangor yang telah menerima Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Ia turut ditekankan yang mana pengusaha hotel yang tidak mempunyai sijil halal, tidak boleh menggunakan istilah “bufet Ramadan”. Hal ini kerana ia membawa maksud halal, dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya dalam bentuk perihal dagangan.
Sekiranya bukan pemegang sijil halal menggunakan istilah “bufet Ramadan”, ia merupakan pelanggaran undang-undang, dan boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan.
Seperti biasa, semua pengusaha yang terlibat dalam industri makanan, boleh kemukakan permohonan sijil halal dengan segera, sekaligus turut boleh melakukan promosi bufet Ramadan kelak selepas mempunyai sijil halal.