Setiap individu memiliki wang, tetapi tidak semua individu memahami bagaimana untuk menggunakannya. Menyedari kekurangan pendidikan kewangan ini, Bank Islam bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kini mengatur langkah penyelesaian.
Iaitu tampil dengan modul kewangan khusus buat individu serta pemain perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menerusi kesepakatan pada memorandum persefahaman (MoU) ini, Bank Islam menyasarkan ia berupaya beri pendedahan kepada lebih 4.3 juta pengguna di Malaysia.
Adanya penyediaan modul pendidikan ini ia akan meningkatkan tahap kesejahteraan kewangan negara, di samping mencegah pelanggan untuk terlibat daripada sebarang isu penipuan, jenayah siber, serta pihak pinjaman yan tidak berdaftar.
Tahukah pembaca, setakat Oktober 2021 dalam data RinggitPlus – masih terdapat 32% rakyat Malaysia tidak memahami berhubung pengetahuan asas kewangan dan sekitar 28% pula tidak mengetahui apa itu skor kredit kewangan.
Melalui ketirisan pendidikan kewangan ini, ia secara langsung menjejaskan aliran kewangan negara dan merugikan individu dalam pengurusan kewangan mereka.