Setelah MyNews diperlihatkan bakal berdepan tekanan margin, kini kedai serbaneka di bawah pengendaliannya iaitu CU Mart turut dijangka berdepan kerugian.
Mengikut pemerhatian firma penyelidikan CGS-CIMB Research – kedai serbaneka milik Korea Selatan itu dilihat akan terus catat kerugian pada tahun ini. Susulan berdepan risiko kos pemulaan tinggi dan persekitaran operasi yang kurang kondusif.
CU Mart dijangka akan lepasi tempoh matang, kira-kira sehingga tahun kewangan pada Oktober 2023.
Risiko kerugian ini akan berlanjutan diikuti kos pemasaran promosinya serta bebanan kos petugas jenama tersebut. Seperti yang umum sedari CU Mart menyasarkan bakal memiliki sehingga 160 cawangan menjelang akhir tahun ini, 2022.
Meskipun aliran pembukaan cawangan CU semakin rancak, berbeza dengan MyNews yang telah menutup 24 cawangannya di Semenanjung Mala]ysia dan 1 cawangan WHSmith di Kota Kinabalu Sabah.
CGS-CIMB melihat tindakan penutupan ini akan terus berlaku ke atas lebih 20 cawangan MyNews pada suku seterusnya kelak. Dan untuk makluman umum, sejak pandemik berlaku dianggarkan sekitar 90 cawangan MyNews telah berdepan penutupan.