Meskipun MyNews Holding kini memaparkan paras kerugian bersih yang lebih rendah kepada RM7.86 juta berbanding RM8.94 juta pada laporan suku tahunan – akan tetapi terdapat jangkaan menyatakan kumpulan ini berpotensi berdepan tekanan margin.
Ia kerana keghairahan kumpulan untuk memperuntukkan perbelanjaan pada pembukaan cawangan baharu dan berdepan susut nilai yang lebih tinggi.
Buat pengetahuan umum, tekanan margin membawa erti kepada risiko negatif daripada faktor dalaman atau luaran ke atas margin keuntungan sesebuah syarikat. Tekanan ini mengambil kira pelbagai 3 aspek pengiraan iatu margin kasar, operasi dan pendapatan bersih.
Berbalik kepada laporan kewangan MyNews, walaupun kumpulan memiliki hasil yang membrangsangkan iaitu RM139.44 juta namun sebahagian dana itu akan diagihkan kepada perbelanjaan pengurusan dengan jumlah RM8.37 juta – susulan mempromosikan CU Mart.
Tidak hanya itu perolehan juga turut diagihkan kepada perbelanjaan penjualan dan pengedaran kepada RM27.15 juta. Ini lebih tinggi berbanding peruntukan RM19.84 juta pada tahun lalu.
Peningkatan ini juga didorong hasil percambahan cawangan CU Mart serta lanjutan tempoh operasi perniagaan telah dilaksana berikutan penamatan beberapa garis sekatan ekonomi negara.
Lebih menarik mengikut perancangan – MyNews turut berhasrat untuk terus meluaskan jejak perkhidmatannya meliputi cawangan CU, myNEWS SUPERVALUE dan myNEWS CVS. Langkah ini diiringi untuk mengembangkan permintaan pesanan atas talian bersama rakan strategik lain.