Walaupun berdepan ketirisan kewangan, AirAsia – syarikat penerbangan tambang murah negara kini berjaya menyelesaikan lebih 90% bayaran semula buat penumpang mereka yang terkesan disebabkan penangguhan penerbangan ketika pandemik COVID-19 sebelum ini.
Mengikut laporan, Tony Fernandes memaklumkan usaha syarikat melunaskan kembali hutang tersebut adalah suatu kejayaan tanpa sokongan kewangan dari kerajaan. Susulan ia melibatkan jumlah kewangan yang besar berbanding penerbangan lain.
Untuk makluman, AirAsia telah menerbangkan sekitar 90 juta pelanggan sebelum wujudnya COVID-19.
Menurut Tony perkembangan positif itu akan terus dapat dicapai susulan pembukaan ekonomi dan laluan antarabangsa negara telah mula dibuka kembali.
Kenyataan ini telah dikongsikan ketika pelancaran pelan langganan SUPER+ dilakukan pada hari ini (28 Mac).