Setelah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation Bhd pada 16 Mac tahun lalu, kini Jalil Rasheed mengumumkan akan meletakkan jawatan tersebut – berkuat kuasa pada 31 Mac ini.
Berdasarkan makluman BCorp, peletakan jawatan Jalil Rasheed adalah atas dasar urusan peribadinya.
(1) After a year as Group CEO of Berjaya Corporation, I informed my board of my intention to step down effective 31 March 2022. I wanted to take some time off, have a break and pursue a personal venture I’ve been working on.
— Jalil Rasheed (@jalilword) March 21, 2022
Mengikut makluman kepada Bursa Malaysia, Jalil Rasheed dilaporkan akan melepaskan kesemua jawatannya selaku ahli Lembaga Pengarah di dalam syarikat lain yang berkaitan dengan konglomerat tersebut.
Difahamkan pelepasan kesemua jawatan itu, turut berkuat kuasa pada tarikh yang sama.